Followers

Saturday 27 August 2011

Cincin untk Aishah Bab 1

Hari ni genap dua tahun pengenalan ku dengan seorang puteri bernama Aishah. Pengenalan kami bermula dengan tulisan, melalui tulisan aku dengan dia bercinta, melalui tulisan aku peroleh semangat darinya. Aishah ku anggap seperti puteri khayalan dalam hidupku. Tidak pernah ku bersua-muka dengannya walaupu sekali. Namun, kata-kata yang seringditulisnya membuktikan kepadaku bahawa Aishah adalah seorang wanita yang baik budi pekertinya. Bahasanya yang indah menyebabkan aku tertarik padanya.

"Kawan Wan tu nama apa?, kalau boleh ibu nak berkenalanlah dengan dia".
"Nama dia Aishah","dia orang kelantan jugak bu, keluarga dia tinggal dekat tanah merah"
"Oo... orang kelantan,bila Wan nak bawa Aishah datang ke rumah kita?"

Aku hanya tersenyum setibanya soalan itu ditanya ibu kesayangku. Aku sendiri tidak pernah bersua muka dengan Aishah, bagaimana untuk aku ingin mengundangnya ke teratak ibuku ini. Umurku semakin lama semakin meningkat, begitu juga Aishah. Rasa dihati ingin menjadikan Aishah sebagai teman hidupku, sehidup semati.

SEjurus pertanyaan yang diwar-warkan ibuku petang tadi, fikiranku mula memikirkan cara lain untuk berhubung dengan puteri khayalanku. Terdetik di hati aku untuk meminata number telefonnya.

"Aku mesti beranikan diri untuk meminta number telefon Aishah",suara hatiku mula berbicara.

Melalui yahoo messenger aku mem"buzz" Aishah.

Wan: Assalamualaikum.
Aishah:Wa'alaikum salam.
Wan:Aishah sihat?
Aishah:Alhamdulillah,sihat,Wan macam mana?
Wan:Sihat. Aishah!,Wan ada hajat ni,Wan nak minta number Aishah boleh?Wan ingat nak kenal lebih dengan Aishah.
Aishah:Boleh, ni number Aishah 987654321...
Wan:Terima kasih.Nanti Wan kalau ada masa, Wan call Aishah.
Aishah:WAn nanti kita sambung ehk, Aishah ada banyak perkaralah yang nak diuruskan.
Wan: Okey!


Akhirnya aku berjaya untuk mendapatkan number telefon Aishah, hati ini bagaikan menari-nari keriangan. Selepas 2 tahun pengenalan, hari ini baru aku dapat peluang untk berbicara dengan Aishah melalui percakapan. Namun bukan niat aku untuk bergayut siang malam bersamanya tetapi hanya sekadar untuk lebih mengenali dirinya.


sudah seminggu berlalu, namun yang diminta masih lagi belum di hubungi, aku merasa segan dan malu untuk menelefon, kerana kami tidak  pernah bercakap melalui telefon. Aku bersa bingung dan hairan dengan keadaan aku yang sebigini. Kenapa diri ini menjadi gementar untuk menelefon Aishah.


"Kalau aku tak telefon, macam mana aku nak kenal Aishah?",kata suara hatinya yang merayu-rayu supaya membuat panggilan.


Jari-jariku mula memetik punat yang berda di telefon bimbitku, perasaan gemuruh mula mendatangi dan menyelubungi fikiranku.


"Tut..tut..tut...."

"Asalamualaikum,boleh saya cakap dengan Aishah?"

"waalaikumsalam,saya ni Aishah yang bercakap,ni siapa"
"Ni Wan"
"oh Wan, kenapa baru telefon?"
"sebenarnya Wan segan nak telefon Aishah. Mana lah tau Aisha tak nak angkat panggilan Wan."

Walaupun kami mula berhubung melalui telefon namun kami tetap menggunakan yahoo messenger sebagai perhubungan kerana disitlah bermula cinta kami. Hidupku semakin ceria dan sentiasa gembira selalu. Sesekali aku menulis puisi dan menghantarnya kepada Aishah. Begitu juga sebaliknya, Aishah akan membalas dengan bait-bait cinta indah kepadaku.



Cinta yang datang bagaikan bulan
Menjadi teman dimalam hari
Bintang dilangit ku jadikan pedoman
Agar cinta kita tetap bersemi

Cinta kita tidak pernah berkata-kata 
serta tidak pula mempunyai suara
hanya pena menjad tukang kata
penghibur tika duka dan lara


Makin lama makin sayang, walaupun sudah 4 bulan kami berhubung melaluitelefon namun baru ni terdetik di hatiku untuk bertemu dengannya. Aku membuat mohonan kepadanya untuk bertemu dengannya. Aishah meletakkan beberapa syarat kepadaku jika ingin bertemu dengannya.

"Pertama, kalau Wan nak jumpa dengan saya boleh tetapi kena la datang umah Aishah."
"Kedua, wan kena berkenalan dengan orang tua Aishah dulu dan yang terakhir Wan kene makan malam dengan kami semua"


"Baiklah Wan seteju. Malam jumaat ni Wan akan jumpa dengan orang tua Aishah".

Aku sememangnya ingin berjumpa dengan keluarga Aishah untuk mengenali mereka dengan lanjut. Sesekali bermain di mindaku menanyakan siapakah Aishah sebenarnya. Bagaimana latar belakang keluarganya, adakah dia orang dari golongan hartawan atau sebaliknya. Jika Aishah berketurunan hartawan mungkin aku dan dia tidak sekupu, namun pemikiran kuno aku tidak ditolak mentah-mentah oleh jiwa sanubariku. Sekarang ni bukan lagi zaman dua darjat, zaman sekarang orang lebih mendahulukan agama dari segala-galanya.


Nantikan bab 2....