Followers

Thursday, 1 September 2011

Cincin untk Aishah Bab 2

Aku tiba di hadapan rumah Aishah berdasarkan alamat yang diberikan kepada aku. Alangkah terkejutnya aku, rumahnya besar bagaikan istana khayalan, di penuhi dengan kereta-kereta mewah dan megah. Terpajak dua orang pengawal keselamatan bagaikan patung hidup.

"Ish, aku silap alamat ke ni?",bisik hati ini sejrus melihat keadaan rumah yang sebegitu rupa.

Tiba-tiba keluar seorang gadis berpakaian serba putih serta mukanya di tutupi dengan purdah yang berkilauan datang menghampiriku. Mataku terkebil-kebil melihatnya.

"Assalamualaikum"
"Waalaikum salam,Wan ke ni?"
"Ya, saya Wan,kawan Aishah"
"Saya Aishah,jemput masuk"

Kakiku seperti disimen menjadi kaku, langkahku berat untuk menjejakkan kaku kedalam rumahnya. Namun tetapku gagahi untuk memasuki kedalamnya. Aku melalui singgah sana yang indah dan dipersilakan duduk di atas sofa mewah yan sunnguh empuk.

Aishah memperkenalkan aku dengan ibu bapanya, kami mula berbicara dan mengenali antara satu sama lain. Kemudian aku dihidangkan dengan makanan yang sungguh lazat. Ketika makan ayahnya bertanya,"Bila nak masuk minang?"

Aku tersentak mendengar persoalan itu. Aku cuma tersenyum tanpa jawapan. Melihat keadaan keluarga Aishah yang kaya raya adakah layak bagiku? Aku cuma anak seorang ibu tunggal yang hidup dengan menorah getah. 

Selesai makan, Aishah meminta izin dari ibunya untuk berbual seketika denganku.Perbualan kami malam ini disaksikan bulan dan bintang yan menerangi kegelapan di angkasa raya.Angin-angin sepo bahasa mula bermain dimuka kami berdua.

"Wan, kalau Wan rasa nak pinang Sha, Wan cuma kena sediakan sebentuk cincin saja untuk Sha".
"Kalau pasal hantaran biar keluarga Sha sahaja yang settlekan. Sha sayangkan Wan"

Mulianya hati Aishah terhadapku, hanya sebentuk cincin di mintanya sebagai mahar perkhawinan. Aku berjanji dengannya untuk meminangnyaminggu hadapan.


HAri perkhawinan, aku sudah tiba dan segala prsiapan sudah pun tersedia. Hatiku gementar untuk berjabat tangan tok kadi untuk mengakad nikahku.


"Bila tok kata tunai jawabnya?"
"Okey tok"
"Aku nikahkan dikau Syazwan bin hasan dengan Aishah binte kassim dengan mas khawin $1000 tunai"


Aku pun mengikut apa yang tok kadi kata tadi. Akhirnya menikah juga aku dengan Aishah,Isteriku.....